Mengenai Disk Brek





Pengenalan
Biasanya digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta dan ke empat-empat roda bagi sesetengah kereta. Satu disk dipasang ke hab roda dan berputar sekali dengan tayar dan roda. Apabila pemandu mengenakan brek, tekanan hidraul daripada silinder induk digunakan untuk menolak lapik geseran ( pad ) melawan gerakan rotor kemudian memberhentikannya.



Komponen Utama Brek
Komponen utama dalam pembentukan system brake itu mestilah mempunyai Brek Caliper , Master Silinder, Brek Disk atau Rotor, sistem piping atau hose dan juga pedal. 



Lokasi 
Brek disk kebanyakkannya digunakan pada roda hadapan dan ada juga digunakan pada keempat-empat roda.


Cara berfungsi
Apabila pedal ditekan Master Pump menghasilkan tekanan minyak ke Kaliper. Minyak menekan piston di Kaliper dan terus menekan Pad Brek. Pad Brek yang ditekan mengapit Disk sebagai Brek. Apabila Pedal dilepaskan tekanan pada Piston hilang dan Rubber Seal menarik balik Piston ke belakang sedikit di bantu oleh cetrifugal force dan merenggangkan sedikit dari permukaan Disk.


Jenis-jenis
Terdapat 2 jenis brek disk iaitu:





1. Angkup tetap (fix calliper)
Angkup tetap biasanya terdiri daripada 2 atau 4 piston yang dipasang secara bertentangan antara satu sama lain. Apabila pedal brek ditekan piston yang dipasang bertentangan tersebut akan menolak pad supaya mengepit disk.











2. Angkup apungan (floating Caliper)
Angkup apungan pula biasanya mempunyai satu piston sahaja. Saiz pistonnya agak besar jika dibandingkan dengan piston angkup tetap. Apabila pedal ditekan piston akan menolak pad ke disk. Ini akan menyebabkan angkup mengelansar pada arah berlawanan dengan piston. Pergerakan angkup akan menyebabkan pad yang sebelah lagi turut sama bergesel dengan disk. Brek jenis ini biasanya mempunyai larasan automatik. Piston akan sentiasa berubah kedudukan bergantung kepada kehausan pad . Sesendal (seal) akan dipasang di dalam silinder supaya dapat mewujudkan kelegaan larian antara pad dan disk.




Pad brek
pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak. pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos, logam lembut dan damar.






Kebaikan dan keburukan

Kebaikan
  1. Tiada peralasan perlu dibuat keatas pemasanagan brek disk
  2. Masalah ‘brake fade’ dapat dikurangkan
  3. Senang untuk membuat pemeriksaan
  4. Habuk dan cecair dapat dicegah masuk ke dalam Selinder oleh Rubber Seal.
  5. Senang disejukkan oleh udara.
  6. Air mudah diputar keluar
  7. Tiada pelarasan


Keburukan
  1. Berkehendakan tekanan yang tinggi jika system servo unit rosak
  2. Pad mudah haus kerana berlaku sedikit geseran semasa tidak bekerja
  3. Harga mahal





0 comments:

Post a Comment