Pengenalan



SISTEM BREK



Sistem brek berfungsi untuk memperlahankan kenderaan, memberhentikan kenderaan dan juga mengawal kenderaan. Kenderaan moden sekarang menggunakan 2 sistem brek iaitu, sistem brek gelendong dan sistem brek piring.



Selinder Induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek. Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan (parking) atau membrek dalam kecemasan. Satu penggalak kuasa (servo) digunakan keatas selinder induk untuk menambah kuasa ketika membrek.



Sistem brek adalah penting bagi sesebuah kenderaaan dan hendaklah sentiasa berfungsi dengan baik.


Sistem Brek Yang baik:


a) Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila    dikehendaki
b) Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa
c) Tidak boleh kehilangan kuasa brek
d) Tidak berkehendakan larasan yang kerap
e) Sesuai untuk segala kelajuan, berat dan suhu


Komponen Sistem Brek:


1) Disk Brek/ Drum Brek
2) Pelapik Brek (break Pad)
3) Saluran Minyak
4) Vakum pam
5) Tabung minyak enjin
6) Pedal brek (tempat meletakkan kaki untuk brek)



0 comments:

Post a Comment